MUZIUM SUNGAI LEMBING..SUNGAI LEMBING MUSEUM

About Me

kuantan, pahang, Malaysia
Muzium Sungai Lembing dibina oleh Jabatan Muzium Malaysia bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta mempamerkan bukti-bukti sejarah yang terdapat disini dan di Negeri Pahang secara amnya. alamat kami: MUZIUM SUNGAI LEMBING SUNGAI LEMBING,26200,PAHANG NO TEL:09-5412378 FAKS:09-095412377

Wednesday, February 9, 2011

sejarah muzium

3 comments:

  1. SEJARAH BANGUNAN MUZIUM

    Bangunan ini terletak di atas bukit di sebelah timur menghala ke Sungai Kenau. Ia digunakan sebagai tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing, bermula dengan Syarikat ` The Pahang Corporation Limited’ , tahun 1887 – 1906 hinggalah ke zaman kegemilangan Syarikat ` The Pahang Consolidated Company Limited’ (PCCL) dari tahun 1906 – 1986. Rumah kediaman pengurus ini dahulunya dikenali sebagai `The European Bungalow” atau singkatannya EB1, iaitu membezakannya dengan rumah Pegawai Kanan Inggeris yang lain.

    Struktur binaannya mengikut gaya vertikular-kolonial dan mempunyai kronologi sejarah pembinaan yang tersendiri. Bermula dengan bangunanan bersaiz kecil, dengan atap diperbuat daripada daun nipah dan berdindingkan kulit-kulit kayu, ia diubahsuai dari semasa ke semasa bermula dari zaman J.T Mariner pada tahun 1911 hingga ke zaman pengurusan R.M.M. Holding pada tahun 1966.

    Semasa Perang Dunia Kedua, bangunan ini digunakan sebagai markas tentera Jepun sehinggalah ke tahun 1945. Setelah pengunduran tentera Jepun, bangunan ini diambil alih oleh PCCL untuk meneruskan aktiviti-aktiviti perlombongan hinggalah kejatuhan harga timah pada tahun 1986.

    Muzium ini mempamerkan episod-episod gemilang Sungai Lembing sebagai kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia. Turut dipamerkan adalah artifak tinggalan perusahaan perlombongan bijih timah bawah tanah seperti alat pengerudi, pakaian dan topi keselamatan pelombong, rel dan gerabak keretapi, perabot dan peralatan yang digunakan pada masa itu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete